Karnival Kerjaya 2016, Kuala Kangsar

Rabu, 16 Jun 2016

Kuala Kangsar, 11 Jun 2016 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah menyertai Karnival Kerjaya Anjuran Pusat Kerjaya Amanjaya di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar. Karnival tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 11 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016. Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk sekitar Kuala Kangsar dan seluruh Negeri Perak.
Sebanyak 95 syarikat-syarikat dan jabatan-jabatan kerajaan yang menyertai pameran yang dikunjungi seramai 4000 orang ini.

YB Khary Jamaluddin pula merasmikan Majlis Penutup program serta membuat lawatan ke semua tapak pameran untuk beramah mesra. Tapak pameran SPA Perak telah dikunjungi oleh seramai 450 orang yang bertanyakan pelbagai hal berkaitan Iklan Kekosongan Jawatan, Permohonan Jawatan, Urusan-urusan Perkhidmatan dan sebagainya.



Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.