Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Perutusan Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Semoga portal ini mampu menjadi wadah terbaik bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan suruhanjaya ini untuk mendapatkan segala maklumat dan informasi yang diperlukan.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah memartabatkan suruhanjaya ini sebagai sebuah badan yang tertinggi untuk menguruskan aspek perkhidmatan awam di negeri ini. Hal ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak bagi melihat modal insan terbaik dipilih bagi memacu pentadbiran sektor awam di negeri ini.

Akhir kata, saya berharap dengan adanya portal ini semua pengguna khususnya yang berada di bawah naungan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak mendapat manfaat dan informasi berguna mengenai Suruhajaya ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas pengguna demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

YBrs. Puan Siti Suraya binti Muhamad Taib

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan