Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Piagam Pelanggan

Semua kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan berikrar dan akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, cekap, adil dan saksama. Merujuk kepada ikrar ini, kami akan memberi komitmen dalam urusan yang berikut:-

Urusan Pengambilan Pegawai Ke Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Perak

Urusan pengisian jawatan

• Urusan tapisan bagi semua jawatan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh iklan jawatan kosong ditutup.

• Penjadualan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) / Peperiksaan bagi semua jawatan dalam tempoh dua (2) minggu selepas urusan tapisan selesai dibuat.

• Penjadualan temu duga kepada calon dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh terima laporan akhir Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) / Peperiksaan.

• Pemakluman keputusan temu duga kepada calon dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir urusan temu duga tersebut dilaksanakan.

Urusan Perkhidmatan Pegawai Pentadbiran Awam Kerajaan Negeri Perak

Memaklumkan keputusan permohonan-permohonan urusan perkhidmatan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), pegawai dan jabatan berkenaan dalam tempoh berikut:

BIL 

URUSAN

TEMPOH PENYELESAIAN

1.

Pelantikan Baharu Secara Kontrak

Dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh terima dokumen lengkap.

2.

Pelantikan Semula Secara Kontrak

3.

Pelantikan Kontrak Ke Tetap

4.

Pengesahan Pelantikan

5.

Pelanjutan Tempoh Percubaan

6.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

7.

Pemberian Taraf Berpencen

8.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Opsyen)

9.

Penentuan Gaji Permulaan

10.

Pertukaran Perlantikan

Urusan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) / Peperiksaan
Mengumumkan keputusan urusan UKJK / Peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh akhir UKJK / Peperiksaan dilaksanakan
Urusan Kawalan Rayuan Tatatertib Dan Pemakluman Penamatan Perkhidmatan

Memaklumkan keputusan urusan kawalan rayuan tatatertib dan pemakluman penamatan perkhidmatan dalam tempoh seperti berikut:

BIL

URUSAN

TEMPOH PENYELESAIAN

1.

Kawalan Rayuan Tatatertib

Dalam tempoh 2 minggu dari keputusan mesyuarat.

2.

Pemakluman Penamatan Perkhidmatan

Dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh kuatkuasa Notis Penamatan Perkhidmatan.

Pengurusan Aduan
Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan melalui SISPAA dalam tempoh 5 hari berkerja.

Komitmen yang dibuat ini hanya akan dapat dicapai dengan adanya kerjasama daripada pelanggan-pelanggan Suruhanjaya.