Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Dasar Privasi

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui emel sahaja.

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan portal ini.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak mempunyai pautan ke laman web/portal agensi Kerajaan yang lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web/portal yang terdapat dalam pautan portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui ruangan Hubungi Kami yang disediakan dalam portal ini.