SOALAN LAZIM

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05-2540615 untuk bantuan atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

1. Bagaimana caranya untuk saya memohon jawatan melalui SPA Negeri Perak?
  Permohonan jawatan adalah melalui sistem SPA Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPA8i. Pemohon boleh memohon sebarang jawatan yang berkaitan dengan kelayakan pemohon sepanjang masa. Tempoh tamat permohonan adalah selama 1 tahun. Syarat kelayakan boleh disemak di portal SPA Malaysia dan di SPA Negeri Perak apabila terdapat iklan yang masih aktif.
2. Jika saya berjaya dalam temuduga, kemanakah saya akan ditempatkan?
  Penempatan adalah di dalam Negeri Perak sahaja.
3.  Adakah iklan kekosongan di Perkhidmatan Awam Negeri Perak adalah dibuka sepanjang masa?
  Iklan kekosongan dibuka pada masa-masa tertentu tertakluk kepada keperluan jabatan. Namun begitu, pemohon boleh memohon sepanjang masa di SPA8i.
4. Bagaimanakah untuk saya mengetahui bila iklan kekosongan jawatan penjawatan awam Negeri Perak dibuka?
  Hebahan maklumat akan dilakukan melalui portal Kerajaan Negeri Perak di www.perak.gov.my dan portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak http://spa.perak.gov.my. Selain itu, hebahan juga disebarkan melalui Laman Rasmi Mukabuku SPA Negeri Perak.