Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05-2540615 untuk bantuan atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1. | Bagaimana caranya untuk saya memohon jawatan melalui SPA Negeri Perak? |
Permohonan jawatan adalah melalui sistem SPA Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPA8i. Pemohon boleh memohon sebarang jawatan yang berkaitan dengan kelayakan pemohon sepanjang masa. Tempoh tamat permohonan adalah selama 1 tahun. Syarat kelayakan boleh disemak di portal SPA Malaysia dan di SPA Negeri Perak apabila terdapat iklan yang masih aktif. |
|
2. | Jika saya berjaya dalam temuduga, kemanakah saya akan ditempatkan? |
Penempatan adalah di dalam Negeri Perak sahaja. | |
3. | Adakah iklan kekosongan di Perkhidmatan Awam Negeri Perak adalah dibuka sepanjang masa? |
Iklan kekosongan dibuka pada masa-masa tertentu tertakluk kepada keperluan jabatan. Namun begitu, pemohon boleh memohon sepanjang masa di SPA8i. |
|
4. | Bagaimanakah untuk saya mengetahui bila iklan kekosongan jawatan penjawatan awam Negeri Perak dibuka? |
Hebahan maklumat akan dilakukan melalui portal Kerajaan Negeri Perak di www.perak.gov.my dan portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak http://spa.perak.gov.my. Selain itu, hebahan juga disebarkan melalui Laman Rasmi Mukabuku SPA Negeri Perak. |