logo111

FUNGSI, VISI, MISI & OBJEKTIF

FUNGSI
Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bil. 10/1959 dalam Seksyen 11 (1) telah memberi tanggungjawab kepada Suruhanjaya menjalankan tugas untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar perkhidmatan dan kawalan tatatertib / rayuan ke atas setiap anggota perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Walau bagaimanapun, bagi tugas menaikkan pangkat dan kawalan tatatertib/rayuan, Suruhanjaya ini telah menurunkan tanggungjawab tersebut kepada sebuah Badan yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 11(A) enakmen  ini.

 

VISI

Menjadi peneraju agensi negeri yang berwibawa dalam urusan pelantikan dan perkhidmatan awam.

MISI
Melantik penjawat awam yang berkualiti untuk pentadbiran negeri dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan penjawat awam negeri dengan berkesan.

OBJEKTIF
Objektif Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan kuasa dan fungsi yang ditetapkan Enakmen Bil. 10/1959 secara bebas , dinamik dan berkesan untuk kepentingan pelanggan.

AKTIVITI TERKINI

--Tiada aktiviti terkini--.

Perutusan Setiausaha

SU SPAPK 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Semoga portal ini mampu menjadi wadah terbaik bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan  suruhanjaya ini untuk mendapatkan segala maklumat  dan informasi yang diperlukan.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah memartabatkan suruhanjaya ini sebagai sebuah badan yang tertinggi untuk menguruskan aspek perkhidmatan awam di negeri ini. Hal ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak bagi melihat modal insan terbaik dipilih bagi memacu pentadbiran sektor awam di negeri ini.

Akhir kata, saya berharap dengan adanya portal ini semua pengguna khususnya yang berada di bawah naungan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak mendapat manfaat dan informasi berguna mengenai Suruhajaya ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas pengguna demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.


Sekian, terima kasih.



Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan.

POLISI KESELAMATAN

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Lain-lain Polisi:

  • Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
  • Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Perak adalah dilarang.
  • Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
  • Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
  • Laman web/portal agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke Laman Sesawang Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
  • Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam Laman Sesawang Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak adalah dilarang.
    Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Mei 2022.
  • Jumlah Pelawat : 228376

Notis Hakcipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan

© Hakcipta Terpelihara 2020 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.