FUNGSI
Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bil. 10/1959 dalam Seksyen 11 (1) telah memberi tanggungjawab kepada Suruhanjaya menjalankan tugas untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar perkhidmatan dan kawalan tatatertib / rayuan ke atas setiap anggota perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Walau bagaimanapun, bagi tugas menaikkan pangkat dan kawalan tatatertib/rayuan, Suruhanjaya ini telah menurunkan tanggungjawab tersebut kepada sebuah Badan yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 11(A) enakmen  ini.

MISI
Pengambilan tenaga kerja di kalangan rakyat negeri untuk berkhidmat dalam perkhidmatan Negeri Perak Darul Ridzuan.

OBJEKTIF
Objektif Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan kuasa yang diberi kepadanya dibawah Seksyen II Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam No. 10/1959 dengan memberi perkhidmatan yang cekap, adil berkesan dan berkualiti serta menjadi satu badan pengambilan yang bebas bagi pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan.