English
DASAR PRIVASI

Kami akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan cekap, adil dan saksama. Dalam hubungan ini, pentadbiran ini sukacitanya memberi komitmen dalam urusan yang berikut:

  1. URUSAN PENGAMBILAN PEGAWAI TETAP

Urusan pengisian jawatan untuk pegawai tetap iaitu bermula dari proses pengiklanan ditutup sehingga ke proses pelantikan akan diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.

 

  1. URUSAN PERKHIDMATAN

Urusan perkhidmatan iaitu Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pelarasan Gaji, Pertukaran Perkhidmatan, Tindakan Tatatertib, Pelantikan Kontrak akan diselesaikan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Pencapaian Piagam Pelanggan 2017
Pencapaian Piagam Pelanggan 2016

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak
E-5-2,E-6-2, Menara SSI, SOHO 2,
JALAN SULTAN IDRIS SHAH,
30000 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

E-mail : spa[at]perak.gov.my
No. Telefon : 05 254 0615
No. Faksimili : 05 242 2239


WAKTU BERURUSAN
Isnin - Khamis
8.00 pg - 1.00 ptg
1.00 ptg - 2.00 ptg (Waktu Rehat)
2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pg - 12.15 ptg
12.15 tghari - 2.45 ptg (Waktu Rehat)
2.45 ptg - 5.00 ptg

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Lain-lain Polisi:

  • Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
  • Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Perak adalah dilarang.
  • Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
  • Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
  • Laman web/portal agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke Laman Sesawang Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
  • Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam Laman Sesawang Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak adalah dilarang.