|
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK |
Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut :-
- Memastikan semua pengguna memahami peruntukan-peruntukan di bawah Dasar Keselamatan ICT SPA Perak;
- Memastikan semua pengguna mematuhi Dasar Keselamatan ICT SPA Perak. Tindakan sewajarnya hendaklah diambil apabila berlaku sebarang perlanggaran keselamatan;
- Memastikan semua keperluan organisasi ( sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi;
- Memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT dilaksanakan seperti yang ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT SPA Perak; dan
- Memastikan Pelan Rancangan Pematuhan yang bertujuan untuk mengurus risiko yang timbul akibat daripada ketidakpatuhan Dasar Keselamatan ICT SPA Perak.