Latar Belakang

FUNGSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK

Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bil.10/1959 dalam Seksyen 11(1) telah memberi tanggungjawab kepada Suruhanjaya menjalankan tugas untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, pertukaran dan membuat kawalan tatatertib/rayuan ke atas setiap anggota perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Walaubagaimanapun, Suruhanjaya ini telah mewakilkan kuasa bagi urusan kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib kepada sebuah Badan yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berdasarkan seksyen 11(A) Enakmen yang sama.

MISI

Melantik penjawat awam yang berkualiti untuk pentadbiran negeri dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan penjawat awam negeri dengan berkesan

VISI

Menjadi peneraju agensi negeri yang berwibawa dalam urusan pelantikan dan perkhidmatan penjawat awam

OBJEKTIF

Untuk melaksanakan kuasa dan fungsi yang ditetapkan Enakmen Bil.10/1959 secara bebas, dinamik dan berkesan untuk kepentingan pelanggan



Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.