Kunjungan hormat oleh YBrs Tuan Ir Baharuddin bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak kepada YBhg. Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.
Perbincangan mengenai perjawatan di JPS Daerah/Negeri dan isu-isu perkhidmatan di jabatan turut dibincangkan dalam perjumpaan pada hari ini.
Melalui sesi pertemuan ini, JPS Negeri Perak turut diberikan maklumat berhubung prosedur dan peraturan berkaitan dengan urusan-urusan perkhidmatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.
Segala hasil perbincangan hari ini diharap dapat dijadikan input untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan JPS Negeri Perak dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak pada masa akan datang.
![]() |
![]() |