Maklumat untuk Pemohon Pekerjaan

  • Permohonan jawatan hanya boleh dilakukan semasa iklan kekosongan jawatan dikeluarkan.
  • Iklan jawatan boleh disemak melalui Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak, Portal Rasmi Negeri Perak, Akhbar Berita Harian, China Press, Tamil Nanban dan Radio Perak.fm.
  • Permohonan jawatan hanya diterima sebelum tarikh tutup iklan jawatan tersebut.
  • Hanya borang yang lengkap sahaja diterima untuk diproses.
  • Pemohon yang berjaya proses tapisan akan dipanggil temuduga melalui surat dan email. Pastikan alamat surat-menyurat dan alamat email adalah betul.
  • Status Permohonan hanya boleh disemak setelah lantikan bagi jawatan yang diiklan selesai dibuat.


Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.