Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Fungsi, Visi, Misi & Objektif

Fungsi

Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bil. 10/1959 dalam Seksyen 11 (1) telah memberi tanggungjawab kepada Suruhanjaya menjalankan tugas untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar perkhidmatan dan kawalan tatatertib / rayuan ke atas setiap anggota perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Walau bagaimanapun, bagi tugas menaikkan pangkat dan kawalan tatatertib/rayuan, Suruhanjaya ini telah menurunkan tanggungjawab tersebut kepada sebuah Badan yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 11(A) enakmen ini.

Visi

Menjadi peneraju agensi negeri yang berwibawa dalam urusan pelantikan dan perkhidmatan awam.

Misi

Melantik penjawat awam yang berkualiti untuk pentadbiran negeri dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan penjawat awam negeri dengan berkesan.

Objektif

Objektif Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan kuasa dan fungsi yang ditetapkan Enakmen Bil. 10/1959 secara bebas , dinamik dan berkesan untuk kepentingan pelanggan.