MAKLUMAN TERKINI GANGGUAN PAGE FB SPA NEGERI PERAK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pejabat ini memahami keresahan yang dirasai oleh ramai pihak berkenaan gangguan yang dialami oleh Laman FB rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah mengambil tindakan sewajarnya sejak awal perkara tersebut berlaku dan kini berada di bawah tindakan pihak berwajib.
Oleh itu, Pejabat ini menegaskan laman tersebut bukan lagi merupakan medium rasmi Pejabat ini dan semua pihak disarankan mendapatkan maklumat terkini yang berkaitan dari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.
Pejabat ini turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk orang awam yang telah sama-sama menunjukkan keprihatinan di atas apa yang berlaku.
Sekian, terima kasih.
Hubungi Kami
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak E-5-2,E-6-2, Menara SSI, SOHO 2, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.