• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Pengenalan
  • Perutusan Setiausaha

Perutusan Setiausaha





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Satu Malaysia, Salam Perak Amanjaya.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Semoga portal ini mampu menjadi wadah terbaik bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan  suruhanjaya ini untuk mendapatkan segala maklumat  dan informasi yang diperlukan.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah memartabatkan suruhanjaya ini sebagai sebuah badan yang tertinggi untuk menguruskan aspek perkhidmatan awam di negeri ini. Hal ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak bagi melihat modal insan terbaik dipilih bagi memacu pentadbiran sektor awam di negeri ini.

Akhir kata, saya berharap dengan adanya portal ini semua pengguna khususnya yang berada di bawah naungan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak mendapat manfaat dan informasi berguna mengenai Suruhajaya ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas pengguna demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.


Sekian, terima kasih.

ZAIRINA BINTI NOORDIN

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan.


Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.