PEMBATALAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya dalam Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bil 15/2018 bertarikh 6 September 2018 telah memutuskan untuk membatalkan urusan pengambilan Pegawi Hal Ehwal Islam Gred S41 yang diiklankan pada Iklan Bil 3/2016.


Sehubungan itu, semua urusan temu duga jawatan tersebut yang dijadualkan pada 29 Mac sehingga 18 Mei 2017 adalah dengan ini dibatalkan.


Pentadbiran ini memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.


Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Setiausaha Suruhanjaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan



Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.