Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Kandungan Umum

Direktori Pegawai

Talian Terus : 05 - 254 0615
Faks : 05 - 242 2239
  • Puan Siti Suraya Binti Muhamad Taib

    Setiausaha (PTD) - Gred M48

    sitisuraya[at]perak[dot]gov[dot]my

  • Puan Nur Zulfa Binti Abdul Razab

    Pegawai Tadbir - Gred N41

    zulfa[at]perak[dot]gov[dot]my
    Unit Pelantikan
  • Puan Nor Faisarah Bt Hanif

    Penolong Pegawai Tadbir (Kanan) - Gred N32

    norfaisarah[at]perak[dot]gov[dot]my
    Unit Khidmat Pengurusan
  • Puan Noor Fareeha Nasha Binti Mohd Hashim

    Penolong Pegawai Teknologi Maklumat - Gred FA29

    fareeha[at]perak[dot]gov[dot]my
    Unit Teknologi Maklumat
  • Puan Roziah Binti Daud

    Pembantu Tadbir Kanan (P/O) - Gred N22

    rod[at]perak[dot]gov[dot]my
    Unit Perkhidmatan
  • Puan Nora Idayu Binti Abdul Rani

    Pembantu Tadbir Kewangan(KUP) - Gred W22

    noraidayu[at]perak[dot]gov[dot]my
    Kewangan
  • Puan Nur Syahira Farhana Binti Ibrahim

    Pembantu Tadbir (P/O) - Gred N19

    syahira[at]perak[dot]gov[dot]my
    Unit Khidmat Pengurusan
  • Encik Muhammad Izzat Haizal Bin Hamdan

    Pembantu Tadbir (P/O) - Gred N19

    izzathaizal[at]perak[dot]gov[dot]my
    Unit Khidmat Pengurusan
  • Encik Muhamad Irwansah Bin Jamid

    Pembantu Tadbir (P/O) - Gred N19

    irwanjamid[at]perak[dot]gov[dot]my
    Pelantikan Gred 19 Ke Atas Lantikan Baharu (OS29000) Pelantikan Kontrak Ke Tetap Gred 19 Ke Atas
  • Puan Rabiatul Azimah Binti Abdul Latiff

    Pembantu Tadbir (P/O) - Gred N19

    azimah[at]perak[dot]gov[dot]my
    Pelantikan Gred 11 Ke Atas Lantikan Semula Secara Kontrak (OS29000) Pelantikan Kontrak Ke Tetap Gred 11 Ke Atas
  • Puan Puteri Noora Binti Mohd Tahir

    Pembantu Tadbir (P/O) - Gred N19

    puterinoora[at]perak[dot]gov[dot]my
    Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Opsyen) Penentuan Gaji Permulaan Pelanjutan Tempoh Percubaan Penamatan Perkhidmatan
  • Puan Noor Zainatul Akma Bt Mohamed Zainuddin

    Pembantu Tadbir (P/O) - Gred N19

    zainatulakma[at]perak[dot]gov[dot]my
    Pengesahan Pelantikan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Pemberian Taraf Berpencen Pertukaran Pelantikan
  • Encik Ahmad Shukri Bin Kamaruddin

    Pembantu Tadbir (P/O) - Gred N19

    ahmadshukri[at]perak[dot]gov[dot]my
    Lantikan Semula Secara Kontrak (OS11000)
  • Encik Muhamad Nor Farhanudeen Bin Sabidin

    Pembantu Awam - Gred H11

    Unit Khidmat Pengurusan
  • Encik Muhamad Ameen Bin Alang Ahmad

    Pembantu Operasi - Gred N11

    Unit Khidmat Pengurusan
  • Encik Mohamad Faeez Bin Mohd Zubir

    Pembantu Operasi - Gred N11

    Unit Khidmat Pengurusan
  • Encik Ravi A/L Vadivelu

    Pemandu - Gred H11

    Unit Khidmat Pengurusan

Baca selanjutnya: Direktori Pegawai

  • Hits: 5775

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05-2540615 untuk bantuan atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

  • Bagaimanakah caranya untuk saya memohon jawatan melalui SPA Negeri Perak?

    Permohonan jawatan adalah melalui sistem SPA Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPA9. Syarat kelayakan boleh disemak di portal SPA Malaysia dan di SPA Negeri Perak apabila terdapat iklan yang masih aktif.

  • Adakah iklan kekosongan di Perkhidmatan Awam Negeri Perak dibuka sepanjang masa?

    Iklan kekosongan dibuka pada masa-masa tertentu tertakluk kepada keperluan jabatan. Pemohon hendaklah memohon jawatan dalam tempoh iklan dibuka.

  • Bagaimanakah untuk saya mengetahui bila iklan kekosongan jawatan penjawatan awam Negeri Perak dibuka?

    Hebahan maklumat akan diwar-warkan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak di http://spa.perak.gov.my dan melalui portal Kerajaan Negeri Perak di www.perak.gov.my. Selain itu, hebahan juga disebarkan melalui Telegram Rasmi SPA Negeri Perak.

  • Saya telah memohon jawatan yang diiklankan, kenapa saya tidak dipanggil ujian / temu duga?

    i) Tiada urusan pengambilan dijalankan ;
    ii) Permohonan tidak dibuat di dalam tempoh iklan yang dibuka ;
    iii) Pemohon tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon ; atau
    iv) Pemohon tidak melepasi asas tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya (Contoh : Bidang akademik dan gred mata pelajaran akademik).
  • Adakah saya akan disenaraihitamkan sekiranya tidak menghadiri Ujian / Temu Duga ?

    Tidak.
  • Bolehkah saya menukar tarikh temu duga?

    Tidak boleh.
  • Jika saya berjaya dalam temuduga, kemanakah saya akan ditempatkan?

    Penempatan adalah di dalam Negeri Perak sahaja.

SPLaSK

Baca selanjutnya: Soalan Lazim

  • Hits: 4601

Piagam Pelanggan

Semua kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan berikrar dan akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, cekap, adil dan saksama. Merujuk kepada ikrar ini, kami akan memberi komitmen dalam urusan yang berikut:-

  • Urusan Pengambilan Pegawai Ke Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Perak

    Urusan pengisian jawatan

    • Urusan tapisan bagi semua jawatan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh iklan jawatan kosong ditutup.

    • Penjadualan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) / Peperiksaan bagi semua jawatan dalam tempoh dua (2) minggu selepas urusan tapisan selesai dibuat.

    • Penjadualan temu duga kepada calon dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh terima laporan akhir Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) / Peperiksaan.

    • Pemakluman keputusan temu duga kepada calon dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir urusan temu duga tersebut dilaksanakan.

  • Urusan Perkhidmatan Pegawai Pentadbiran Awam Kerajaan Negeri Perak

    Memaklumkan keputusan permohonan-permohonan urusan perkhidmatan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), pegawai dan jabatan berkenaan dalam tempoh berikut:

    BIL 

    URUSAN

    TEMPOH PENYELESAIAN

    1.

    Pelantikan Baharu Secara Kontrak

    Dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh terima dokumen lengkap.

    2.

    Pelantikan Semula Secara Kontrak

    3.

    Pelantikan Kontrak Ke Tetap

    4.

    Pengesahan Pelantikan

    5.

    Pelanjutan Tempoh Percubaan

    6.

    Pengesahan Dalam Perkhidmatan

    7.

    Pemberian Taraf Berpencen

    8.

    Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Opsyen)

    9.

    Penentuan Gaji Permulaan

    10.

    Pertukaran Perlantikan

  • Urusan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) / Peperiksaan

    Mengumumkan keputusan urusan UKJK / Peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh akhir UKJK / Peperiksaan dilaksanakan
  • Urusan Kawalan Rayuan Tatatertib Dan Pemakluman Penamatan Perkhidmatan

    Memaklumkan keputusan urusan kawalan rayuan tatatertib dan pemakluman penamatan perkhidmatan dalam tempoh seperti berikut:

    BIL

    URUSAN

    TEMPOH PENYELESAIAN

    1.

    Kawalan Rayuan Tatatertib

    Dalam tempoh 2 minggu dari keputusan mesyuarat.

    2.

    Pemakluman Penamatan Perkhidmatan

    Dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh kuatkuasa Notis Penamatan Perkhidmatan.

  • Pengurusan Aduan

    Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan melalui SISPAA dalam tempoh 5 hari berkerja.

Komitmen yang dibuat ini hanya akan dapat dicapai dengan adanya kerjasama daripada pelanggan-pelanggan Suruhanjaya.

SPLaSK

Baca selanjutnya: Piagam Pelanggan

  • Hits: 2005

Fungsi, Visi, Misi & Objektif

Fungsi

Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bil. 10/1959 dalam Seksyen 11 (1) telah memberi tanggungjawab kepada Suruhanjaya menjalankan tugas untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar perkhidmatan dan kawalan tatatertib / rayuan ke atas setiap anggota perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Walau bagaimanapun, bagi tugas menaikkan pangkat dan kawalan tatatertib/rayuan, Suruhanjaya ini telah menurunkan tanggungjawab tersebut kepada sebuah Badan yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 11(A) enakmen ini.

Visi

Menjadi peneraju agensi negeri yang berwibawa dalam urusan pelantikan dan perkhidmatan awam.

Misi

Melantik penjawat awam yang berkualiti untuk pentadbiran negeri dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan penjawat awam negeri dengan berkesan.

Objektif

Objektif Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan kuasa dan fungsi yang ditetapkan Enakmen Bil. 10/1959 secara bebas , dinamik dan berkesan untuk kepentingan pelanggan.

SPLaSK

Baca selanjutnya: Fungsi, Visi, Misi & Objektif

  • Hits: 2920

HEBAHAN SURAT TAWARAN BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29

HEBAHAN SURAT TAWARAN

MAKLUMAN TERKINI : 


SURAT TAWARAN JAWATAN BERIKUT:-


1) PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29

Semakan boleh dibuat melalui sistem KerjayaSPA.

Surat tawaran telah dihantar melalui emel. Calon yang berjaya hendaklah sentiasa menyemak emel yang telah berdaftar di dalam sistem KerjayaSPA .

Ikuti Laman Sesawang Rasmi SPA Negeri Perak untuk info pantas dan terkini. Sila hubungi talian terus SPA Negeri Perak di 05-2540615 untuk maklumat lanjut.

  • Hits: 1382

HEBAHAN SURAT TAWARAN BAGI JAWATAN PENGAWAS HUTAN GRED C19

HEBAHAN SURAT TAWARAN

MAKLUMAN TERKINI : 


SURAT TAWARAN JAWATAN BERIKUT:-

1) PENGAWAS HUTAN GRED G19


Semakan boleh dibuat melalui sistem KerjayaSPA .

Surat tawaran telah dihantar melalui emel. Calon yang berjaya hendaklah sentiasa menyemak emel yang telah berdaftar di dalam sistem KerjayaSPA .

Ikuti Laman Sesawang Rasmi SPA Negeri Perak untuk info pantas dan terkini. Sila hubungi talian terus SPA Negeri Perak di 05-2540615 untuk maklumat lanjut.

  • Hits: 941