Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05-2540615 untuk bantuan atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
Permohonan jawatan adalah melalui sistem SPA Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPA9. Syarat kelayakan boleh disemak di portal SPA Malaysia dan di SPA Negeri Perak apabila terdapat iklan yang masih aktif.
Hebahan maklumat akan diwar-warkan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak di http://spa.perak.gov.mydan melalui portal Kerajaan Negeri Perak di www.perak.gov.my. Selain itu, hebahan juga disebarkan melalui Laman Facebook dan Telegram Rasmi SPA Negeri Perak.
i) Tiada urusan pengambilan dijalankan ;
ii) Permohonan tidak dibuat di dalam tempoh iklan yang dibuka ;
iii) Pemohon tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon ; atau
iv) Pemohon tidak melepasi asas tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya (Contoh : Bidang akademik dan gred mata pelajaran akademik).