Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Kandungan Umum

MAKLUMAN TERKINI GANGGUAN PAGE FB SPA NEGERI PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pejabat ini memahami keresahan yang dirasai oleh ramai pihak berkenaan gangguan yang dialami oleh Laman FB rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah mengambil tindakan sewajarnya sejak awal perkara tersebut berlaku dan kini berada di bawah tindakan pihak berwajib. 

Oleh itu, Pejabat ini menegaskan laman tersebut bukan lagi merupakan medium rasmi Pejabat ini dan semua pihak disarankan mendapatkan maklumat terkini yang berkaitan dari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

Pejabat ini turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk orang awam yang telah sama-sama menunjukkan keprihatinan di atas apa yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

  • Hits: 1734

GANGGUAN PAGE FB SPA PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui Laman Web ini. Terima kasih.

  • Hits: 2481

Naik taraf Laman Sesawang Rasmi

PENGUMUMAN

NOTIS GANGGUAN SEMENTARA

Laman Sesawang Rasmi SPA Negeri Perak sedang dinaik taraf.

Sesetengah maklumat mungkin tidak dapat dicapai sepanjang proses naiktaraf dijalankan.

 

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.

  • Hits: 1403

Data Terbuka

Data Terbuka

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data yang terdapat dalam portal data.gov.my juga boleh digunakan secara bebas oleh mana-mana pengguna portal selagi tidak menyalahi terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi data. Ianya juga berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam.

 

  • Hits: 2058