Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05-2540615 untuk bantuan atau emel kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Bagaimanakah caranya untuk saya memohon jawatan melalui SPA Negeri Perak?

Permohonan jawatan adalah melalui sistem SPA Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPA9. Syarat kelayakan boleh disemak di portal SPA Malaysia dan di SPA Negeri Perak apabila terdapat iklan yang masih aktif.

Adakah iklan kekosongan di Perkhidmatan Awam Negeri Perak dibuka sepanjang masa?

Iklan kekosongan dibuka pada masa-masa tertentu tertakluk kepada keperluan jabatan. Pemohon hendaklah memohon jawatan dalam tempoh iklan dibuka.

Bagaimanakah untuk saya mengetahui bila iklan kekosongan jawatan penjawatan awam Negeri Perak dibuka?

Hebahan maklumat akan diwar-warkan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak di http://spa.perak.gov.my dan melalui portal Kerajaan Negeri Perak di www.perak.gov.my. Selain itu, hebahan juga disebarkan melalui Telegram Rasmi SPA Negeri Perak.

Saya telah memohon jawatan yang diiklankan, kenapa saya tidak dipanggil ujian / temu duga?
i) Tiada urusan pengambilan dijalankan ;
ii) Permohonan tidak dibuat di dalam tempoh iklan yang dibuka ;
iii) Pemohon tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon ; atau
iv) Pemohon tidak melepasi asas tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya (Contoh : Bidang akademik dan gred mata pelajaran akademik).
Jika saya berjaya dalam temuduga, kemanakah saya akan ditempatkan?
Penempatan adalah di dalam Negeri Perak sahaja.
Hubungi Kami
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak
    E-5-2,E-6-2, Menara SSI, SOHO 2,
    Jalan Sultan Idris Shah,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • spa[at]perak.gov.my

  • 05 254 0615
  • 05 242 2239
© Hakcipta Terpelihara 2023 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kemaskini : 28 Feb 2024.
footer