Urusan pengisian jawatan
• Urusan tapisan bagi semua jawatan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh iklan jawatan kosong ditutup.
• Penjadualan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) / Peperiksaan bagi semua jawatan dalam tempoh dua (2) minggu selepas urusan tapisan selesai dibuat.
• Penjadualan temu duga kepada calon dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh terima laporan akhir Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) / Peperiksaan.
• Pemakluman keputusan temu duga kepada calon dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir urusan temu duga tersebut dilaksanakan.