Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2025 Perkukuh Kerjasama Persekutuan Dan Negeri
MELAKA, 19 Ogos 2025 – Pengerusi, Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang telah berlangsung di Hotel Hatten, Melaka yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), YBhg. Dato’ Sri Jailani Muhamed Yunus. Turut hadir ialah Pengerusi, Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Pasukan Polis, sembilan (9) Suruhanjaya Negeri serta wakil Pengurus Sumber Manusia dari Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis.