Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Piagam Pelanggan

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan berikrar dan akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, cekap, adil dan saksama. Merujuk kepada ikrar ini, kami akan memberi komitmen seperti berikut:


1. Menguruskan urusan Pengambilan tahunan dan mencapai pengisian 97% berbanding permohonan.
   
2. Menyediakan surat tawaran kepada calon berjaya dalam tempoh 1 hari bekerja selepas Mesyuarat Lembaga Temu Duga.
   
3. Menguruskan permohonan Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Opsyen), Pemberian Taraf Berpencen, Penentuan Gaji Permulaan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pertukaran Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima dokumen lengkap dalam sistem KhidmatSPA. 
   
4. Menyediakan surat keputusan permohonan dalam Sistem KhidmatSPA dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Suruhanjaya.
   
5. Memastikan semua baucar bayaran diselesaikan dalam tempoh 14 hari.
   
6. Memastikan panggilan telefon dijawab sebelum berakhir deringan ketiga.