Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

KETETAPAN SURUHANJAYA 2025

07/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2025)

Permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan hendaklah mematuhi tempoh perkhidmatan yang melayakkan iaitu bagi pegawai yang dilantik tetap selepas berkhidmat secara kontrak (jawatan yang sama atau berbeza) adalah genap dua tahun perkhidmatan di jawatan tetap, manakala bagi lantikan baharu adalah genap tiga tahun perkhidmatan.

1 Disember 2025

06/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2025)

Pegawai wanita yang tidak diluluskan Pengesahan Pelantikan dan diberikan tempoh enam bulan untuk menepati kehendak Suruhanjaya, tetapi mengandung dalam tempoh enam bulan tersebut dibenarkan mengemukakan semula permohonan selepas tamat tempoh cuti bersalin.

12 September 2025

05/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 09/2025)

Laporan rasmi akan dikemukakan kepada Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sekiranya terdapat pegawai yang disyaki memalsukan maklumat dalam mana-mana dokumen berkaitan urusan perkhidmatan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya.

23 Jun 2025

04/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 08/2025)

Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang baharu perlu dikemukakan untuk setiap urusan yang memerlukan sekiranya laporan terakhir yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah melebihi tempoh satu tahun.

23 Mei 2025

03/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 08/2025)

Pegawai Kontrak (Tetap) yang memohon untuk dilantik ke jawatan Tetap hendaklah dipertimbangkan kesesuaiannya melalui sesi temu duga. Pegawai akan kekal di perjawatan yang sama sehingga pegawai diperakukan untuk dilantik ke jawatan Tetap oleh Panel Penemuduga. Pegawai yang gagal temu duga akan kekal di jawatan Kontrak dan akan dipertimbangkan pelanjutan tempoh kontrak mengikut prestasi tahunan.

23 Mei 2025

02/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 07/2025)

Pegawai Kontrak yang berkhidmat selama 20 tahun dan memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90% tiga tahun berturut-turut akan ditawarkan pelantikan semula kontrak selama 5 tahun.

13 Mei 2025

01/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 01/2025)

Pemakluman nombor giliran kepada calon simpanan dalam Sistem KerjayaSPA mulai proses pengambilan tahun 2025

01 Januari 2025