Lawatan ke Spritzer Taiping dan Muzium Perak, Taiping
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke Spritzer Taiping dan Muzium Perak, Taiping pada 18.09.2025. Melalui lawatan ke Spritzer Taiping, pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak berpeluang untuk mengetahui proses pengeluaran air mineral secara moden dan kepentingan pemeliharaan sumber alam.
Manakala di Muzium Perak Taiping pula pegawai-pegawai dapat mendalami sejarah, warisan serta khazanah Negeri Perak yang dipamerkan di Muzium Perak. Lawatan ini memberi manfaat dalam menambah ilmu pengetahuan, kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar, serta penghargaan terhadap sejarah dan budaya tempatan.
- 122257487306087250 7583899698456989372 n
- 122257487564087250 8606938337701868578 n
- 122257487438087250 2667428687351750524 n
- 122257487312087250 8670902972915370561 n
- 122257487558087250 4621097983316786081 n
- 122257487426087250 1036715218899186927 n
- 122257487300087250 6203889790748055144 n
- 122257487432087250 7893133800182851684 n