Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Fungsi, Visi, Misi & Objektif

Fungsi

Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bilangan 10 Tahun 1959 dalam Seksyen 11 (1) telah memberi tanggungjawab kepada Suruhanjaya menjalankan tugas untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar perkhidmatan dan mengawal tatatertib pegawai perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan. Urusan Kenaikan Pangkat dan Tatatertib Kumpulan Pengurusan Tertinggi berada di bawah kuasa Suruhanjaya. Manakala urusan Kenaikan Pangkat dan Tatatertib pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan & Profesional telah diturunkan kuasa kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 

Visi

Peneraju Kecemerlangan Pihak Berkuasa Melantik Negeri Perak.

Misi

Menyediakan Sumber Manusia Yang Kompeten, Profesional Dan Holistik.

Objektif

Objektif Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan kuasa dan fungsi yang ditetapkan Enakmen Bilangan 10 Tahun 1959 secara bebas , dinamik dan berkesan untuk kepentingan pelanggan.