Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

KETETAPAN SURUHANJAYA 2026

01/2026

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 01/2026)

(a) Suruhanjaya menetapkan untuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Perak (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2019, perenggan 30 (4) dalam pengurusan pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib.

"30 (4) Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga."

(b) Dengan kaedah ini, Ketua Jabatan yang mana pegawai bawahannya belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib hendaklah mengemukakan perakuan untuk tidak mengesahkan perkhidmatan pegawai ke Suruhanjaya. Suruhanjaya akan mempertimbangkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai atas sebab tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan. Oleh yang demikian, tiada keperluan kes tatatertib pegawai diangkat ke pertimbangan Lembaga Tatatertib yang berkenaan.

(c) Walaupun begitu, sekiranya prosiding tatatertib dengan tujuan buang kerja pegawai telah dimulakan, Ketua Jabatan hanya perlu mengemukakan perakuan untuk tidak mengesahkan perkhidmatan pegawai ke Suruhanjaya jika keputusan Lembaga Tatatertib berkenaan mengekalkan pegawai di dalam perkhidmatan.

(d) Dalam erti kata lain, pegawai yang belum disahkan di dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib hendaklah dikeluarkan daripada Perkhidmatan Awam demi kepentingan perkhidmatan.

13 Mac 2026