Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

Kandungan Umum

PENJADUALAN URUSAN TEMU DUGA BULAN JUN 2025

HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA

PENJADUALAN URUSAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN BERIKUT :

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT1 (KONTRAK)
2. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (TETAP) (calon yang telah lulus Ujian Pemanduan pada 21 dan 22 April 2025)
3. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1 (TETAP)
4. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1 (KONTRAK)

Semakan boleh dibuat melalui Sistem KerjayaSPA.

Surat panggilan temu duga telah diemelkan kepada calon-calon. 

Calon boleh menyemak emel yang telah dihantar di folder INBOX,SPAM atau PROMOTION. Carian menggunakan kata kunci SPA Perak juga boleh dilakukan sekiranya tidak menjumpai emel panggilan.

  • Hits: 892

PENJADUALAN PELBAGAI URUSAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9 (TETAP)

1. HEBAHAN PANGGILAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK

JAWATAN : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9 (TETAP)
TARIKH     : 20 JUN 2025 (JUMAAT)
MASA        : 9.00 PAGI - 10.00 PAGI (40 MINIT)
PAUTAN    : DASHBOARD SISTEM KERJAYASPA

2. HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA

PENJADUALAN URUSAN TEMU DUGA

JAWATAN : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9 (TETAP)
TARIKH     : 23 - 26 JUN 2025 (ISNIN - KHAMIS)

Surat panggilan menduduki periksaan dan temu duga telah diemelkan kepada calon-calon. 

Calon boleh menyemak emel yang telah dihantar di folder INBOX,SPAM atau PROMOTION. Carian menggunakan kata kunci SPA Perak juga boleh dilakukan sekiranya tidak menjumpai emel panggilan.

  • Hits: 807

PENGESAHAN KEHADIRAN UJIAN PEMANDUAN BAGI JAWATAN PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (TETAP)

MAKLUMAN TERKINI : 
PENGESAHAN KEHADIRAN UJIAN PEMANDUAN BAGI JAWATAN PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (TETAP)

Panggilan ujian adalah dibuat secara berperingkat dari masa ke semasa sehingga hujung tahun 2025.

Pengesahan Kehadiran telah diemelkan kepada calon-calon yang terlibat bagi tarikh ujian pada 23 - 26 Jun 2025 (Jumlah hari ujian adalah berbeza tertakluk kepada jumlah calon yang memilih untuk hadir)

Mohon kepada calon-calon yang berstatus ‘UJIAN’ untuk sentiasa menyemak emel bagi panggilan ujian sesi berikutnya.

Calon boleh menyemak emel yang telah dihantar di folder INBOX,SPAM atau PROMOTION. Carian menggunakan kata kunci SPA Perak juga boleh dilakukan sekiranya tidak menjumpai emel panggilan.

Ikuti Laman Sesawang Rasmi SPA Negeri Perak untuk info pantas dan terkini. Sila hubungi Unit Pengambilan, SPA Negeri Perak di 05-2410734 untuk maklumat lanjut.

  • Hits: 759

SURAT TAWARAN PELANTIKAN (PELBAGAI JAWATAN)

MAKLUMAN TERKINI : 

SURAT TAWARAN PELANTIKAN BAGI JAWATAN BERIKUT:-

1.    PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1 (KONTRAK) - calon simpanan
2.    PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA1 (TETAP) - calon simpanan

HANYA CALON YANG BERJAYA SAHAJA YANG AKAN MENERIMA EMEL SURAT TAWARAN

Semakan boleh dibuat melalui Sistem KerjayaSPA.

Untuk makluman calon, surat tawaran telah dihantar melalui emel. Calon boleh menyemak emel yang telah dihantar di folder INBOX,SPAM atau PROMOTION.
 
Ikuti Laman Sesawang Rasmi SPA Negeri Perak untuk info pantas dan terkini. Sila hubungi talian terus SPA Negeri Perak di 05-2540615 untuk maklumat lanjut.

  • Hits: 1554

PENJADUALAN UJIAN FIZIKAL BAGI JAWATAN PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1

MAKLUMAN TERKINI :  

PENJADUALAN URUSAN UJIAN FIZIKAL BAGI JAWATAN BERIKUT :

1) Pembantu Keselamatan Gred KP1 (Tetap)
2) Pembantu Keselamatan Gred KP1 (Kontrak)

Semakan boleh dibuat melalui Sistem KerjayaSPA (https://kerjayaspa.perak.gov.my)

Surat panggilan ujian fizikal telah diemelkan kepada calon-calon yang telah melepasi tapisan.
Calon boleh menyemak emel yang telah dihantar di folder INBOX,SPAM atau PROMOTION. 

Carian menggunakan kata kunci SPA Perak juga boleh dilakukan sekiranya tidak menjumpai emel panggilan.

  • Hits: 1063

KETETAPAN SURUHANJAYA 2025

9/2025

09/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2025)

Surat tawaran hanya dikeluarkan kepada calon simpanan dengan BMI 30 ke bawah berdasarkan kadar BMI yang diisytiharkan oleh calon di dalam Sistem KerjayaSPA.

17 Oktober 2025
8/2025

08/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2025)

Tempoh masa melayakkan untuk Permohonan Pengesahan Pelantikan ditetapkan berkhidmat sekurang-kurangnya genap enam bulan.

1 Disember 2025
7/2025

07/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2025)

Permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan hendaklah mematuhi tempoh perkhidmatan yang melayakkan iaitu bagi pegawai yang dilantik tetap selepas berkhidmat secara kontrak (jawatan yang sama atau berbeza) adalah genap dua tahun perkhidmatan di jawatan tetap, manakala bagi lantikan baharu adalah genap tiga tahun perkhidmatan.

1 Disember 2025
6/2025

06/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2025)

Pegawai wanita yang tidak diluluskan Pengesahan Pelantikan dan diberikan tempoh enam bulan untuk menepati kehendak Suruhanjaya, tetapi mengandung dalam tempoh enam bulan tersebut dibenarkan mengemukakan semula permohonan selepas tamat tempoh cuti bersalin.

12 September 2025
5/2025

05/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 09/2025)

Laporan rasmi akan dikemukakan kepada Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sekiranya terdapat pegawai yang disyaki memalsukan maklumat dalam mana-mana dokumen berkaitan urusan perkhidmatan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya.

23 Jun 2025
4/2025

04/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 08/2025)

Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang baharu perlu dikemukakan untuk setiap urusan yang memerlukan sekiranya laporan terakhir yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah melebihi tempoh satu tahun.

23 Mei 2025
3/2025

03/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 08/2025)

Pegawai Kontrak (Tetap) yang memohon untuk dilantik ke jawatan Tetap hendaklah dipertimbangkan kesesuaiannya melalui sesi temu duga. Pegawai akan kekal di perjawatan yang sama sehingga pegawai diperakukan untuk dilantik ke jawatan Tetap oleh Panel Penemuduga. Pegawai yang gagal temu duga akan kekal di jawatan Kontrak dan akan dipertimbangkan pelanjutan tempoh kontrak mengikut prestasi tahunan.

23 Mei 2025
2/2025

02/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 07/2025)

Pegawai Kontrak yang berkhidmat selama 20 tahun dan memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90% tiga tahun berturut-turut akan ditawarkan pelantikan semula kontrak selama 5 tahun.

13 Mei 2025
1/2025

01/2025

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 01/2025)

Pemakluman nombor giliran kepada calon simpanan dalam Sistem KerjayaSPA mulai proses pengambilan tahun 2025

01 Januari 2025 

Baca selanjutnya: KETETAPAN SURUHANJAYA 2025

  • Hits: 5350

KETETAPAN SURUHANJAYA 2024

27/2024

27/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23/2024)

Pegawai lantikan kontrak yang sedang berkhidmat dan tidak mencukupi syarat untuk dilantik ke jawatan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam selepas tamat tempoh kontrak sedia ada, boleh dipertimbangkan untuk dilantik semula menggunakan jawatan terdahulu Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk syarat-syarat di bawah:

  • Memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau apa-apa kaedah penilaian tahunan yang berkuat kuasa sekurang-kurangnya 85%;
  • Lulus Tapisan Keselamatan; dan
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Pegawai lantikan Kontrak (Tetap) yang tidak diluluskan untuk dilantik ke jawatan tetap melalui Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 17 hingga 19 dan tidak mencukupi syarat pelantikan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ditamatkan perkhidmatan mengikut tempoh kontrak sedia ada tidak dibenarkan untuk dilantik semula menggunakan apa-apa kaedah yang sedang berkuat kuasa.

20 Disember 2024
26/2024

26/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2024)

Pelantikan tetap ke jawatan tetap mulai tahun 2025.

1 Januari 2025
25/2024

25/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2024)

Calon simpanan di bawah skim perkhidmatan yang syarat kelayakan masuk ke dalam perkhidmatan tersebut tidak berubah di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ditetapkan masih berkuat kuasa sehingga tamat tempoh yang telah ditentukan.

28 November 2024
24/2024

24/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2024)

Permohonan Pertukaran Pelantikan daripada pegawai berkhidmat di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berbeza diwajibkan mengemukakan dua dokumen tambahan iaitu;

(a) Laporan Pemeriksaan Kesihatan; dan
(b) Keputusan Tapisan Keselamatan (e-Vetting)

Hanya pemohon yang tidak mengalami masalah kesihatan dan lulus Tapisan Keselamatan akan dipertimbangkan untuk memasuki Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

28 November 2024
23/2024

23/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2024)

Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang baharu perlu dikemukakan untuk setiap urusan memerlukan, sekiranya laporan terakhir yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah melebihi tempoh enam bulan.

 

*Diperbaharui seperti Ketetapan Suruhanjaya Bil. 4/2025.

01 Januari 2025
22/2024

22/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2024)

Calon berkemahiran sukan di peringkat Negeri / Nasional / Antarabangsa dengan bukti sijil penyertaan, boleh diberikan markah khas semasa menghadiri sesi temu duga.

01 Januari 2025
21/2024

21/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2024)

Calon-calon yang menolak penempatan, tidak boleh membuat sebarang permohonan pekerjaan melalui Sistem KerjayaSPA selama dua tahun bermula tarikh sepatutnya  lapor diri.

08 November 2024
20/2024

20/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2024)

Calon-calon yang mengemukakan maklumat palsu di dalam Sistem KerjayaSPA tidak boleh membuat sebarang permohonan pekerjaan melalui Sistem KerjayaSPA.

08 November 2024
19/2024

19/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2024)

Tempoh masa mengemukakan dokumen daripada calon layak dilantik dipendekkan daripada 14 hari kepada 7 hari.

08 November 2024
18/2024

18/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2024)
(a)

Pegawai yang memohon untuk pelantikan semula secara kontrak melangkau tahun semasa yang mana permohonannya diterima pada setengah tahun kedua semasa, perlu mengemukakan Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi tahun semasa.

(b)

Pegawai lantikan kontrak yang belum mencukupi tempoh dua tahun berkhidmat akan dipertimbangkan tempoh penyambungan kontrak satu tahun sahaja.

09 Oktober 2024
17/2024

17/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2024)

Keputusan e-Vetting perlu dikemukakan semasa permohonan kali kedua atau selewat-lewatnya kali ketiga bagi urusan Pelantikan Semula Secara Kontrak bagi memastikan pegawai tidak lulus tapisan e-Vetting tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Negeri melebihi tempoh sewajarnya.

09 Oktober 2024
16/2024

16/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2024)
(a)

Iklan pelawaan pengisian jawatan melibatkan semua jawatan yang kosong akan dikeluarkan dua kali setahun tanpa menunggu permohonan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, PSUK Perak mengikut ketetapan seperti berikut:-

 
(i)

Pada 01 Disember hingga 31 Disember; dan

(ii)

Pada 01 Jun hingga 30 Jun.

(b)

Urusan tapisan calon mengikut jawatan akan dilaksanakan selepas menerima permohonan pengisian kekosongan jawatan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Perak.

(c)

Ketetapan di perenggan atas, tidak membataskan jumlah iklan yang boleh dikeluarkan sepanjang tahun. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat keperluan tambahan, iklan akan segera dilaksanakan.

(d)

Tempoh masa mengemukakan dokumen Surat Setuju Terima dan Laporan Perubatan dipendekkan daripada 14 hari kepada 7 hari.

09 Oktober 2024
15/2024

15/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2024)

Pegawai yang memohon untuk Pelantikan Semula secara Kontrak melangkau tahun semasa yang mana permohonannya diterima pada setengah kedua tahun semasa, perlu mengemukakan LNPK bagi tahun semasa supaya penilaian prestasinya relevan.

09 Oktober 2024
14/2024

14/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2024)

Keputusan e-vetting perlu dikemukakan semasa Permohonan Pelantikan Semula secara Kontrak bagi kali ke 2 atau selewat-lewatnya kali ke 3.

 

*Diperbaharui seperti Ketetapan Suruhanjaya Bil. 17/2024.
09 Oktober 2024
13/2024

13/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2024)

Tempoh masa mengemukakan dokumen daripada calon layak    dilantik dipendekkan daripada 14 hari kepada 5 hari bekerja.

 

*Diperbaharui seperti Ketetapan Suruhanjaya Bil. 19/2024.

09 Oktober 2024
12/2024

12/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2024)

Iklan kekosongan jawatan Bilangan 1 meliputi semua jawatan yang dijangka akan diisi pada tahun berikutnya akan diiklan pada Disember setiap tahun tanpa menunggu permohonan daripada BPSM. Oleh yang demikian, urusan tapisan calon mengikut jawatan akan dilaksanakan selepas menerima permohonan BPSM.

 

Pengeluaran iklan pelawaan pengisian jawatan tidak tertakluk kepada suku tahun atau tempoh masa tertentu. Iklan akan dikeluarkan sebaik menerima permohonan baharu daripada BPSM.

09 Oktober 2024
11/2024

11/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2024)
Semua urusan pelantikan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. 11 September 2024
10/2024

10/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2024)

Calon yang telah dilantik ke jawatan kontrak OS29000 akan ditawarkan jawatan di OS11000 selagi tempoh Calon Simpanan masih berkuat kuasa.

Penawaran mengikut giliran berdasarkan markah.

 

*Diperbaharui seperti Ketetapan Suruhanjaya Bil. 26/2024.


 

11 September 2024
9/2024

9/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12/2024)

Urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan dilaksanakan seperti SPA Malaysia:

Hanya tiga keadaan membolehkan permohonan diluluskan:

  1. Program Transformasi Minda / Peperiksaan yang diwajibkan bagi tujuan pengesahan jawatan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai
  • Pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda.
  1. Gagal Program Transformasi Minda / Gagal Peperiksaan
  • Pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan.
  1. Tidak mendapat pengesahan Ketua Jabatan
    • Pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.

 

30 Ogos 2024
8/2024

8/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12/2024)

Calon yang mengemukakan maklumat palsu di dalam Sistem KerjayaSPA akan diarahkan meninggalkan tempat ujian / temu duga.

 

*Diperbaharui seperti Ketetapan Suruhanjaya Bil. 20/2024.

30 Ogos 2024
7/2024

7/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12/2024)

Markah Calon Berjaya Dilantik dari sesi temu duga adalah 80% ke atas.

30 Ogos 2024
6/2024

6/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2024)

Pemberian Bayaran Sagu Hati kepada Pegawai Jabatan Belia dan Sukan untuk Ujian Kecergasan, Pegawai Polis terlibat Ujian Fizikal dan Pegawai Jabatan Kerja Raya terlibat Ujian Pemanduan dengan kadar mengikut WP 1.9 [Peraturan Bayaran Sagu Hati Bagi Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)].

12 Ogos 2024
5/2024

5/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2024)

Pegawai kontrak yang telah berkhidmat selama 10 tahun serta memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90% akan ditawarkan kontrak baharu selama tiga tahun.

16 Julai 2024
4/2024

4/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2024)

Tarikh kelulusan e-vetting perlu dicatatkan dalam kertas mesyuarat.

25 Jun 2024
3/2024

3/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2024)

Permohonan penyambungan kontrak yang tidak disokong oleh Ketua Jabatan akan ditolak.

25 Jun 2024
2/2024

2/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2024)

Calon yang menolak penempatan tidak akan dipanggil untuk sesi ujian akan datang.

 

*Diperbaharui seperti Ketetapan Suruhanjaya Bil. 21/2024.

25 Jun 2024
1/2024

1/2024

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2024)

Permohonan Lantikan Semula Kontrak Yang tidak Memenuhi Tempoh Ditetapkan

  • Permohonan melebihi tempoh kontrak – kontrak tidak akan disambung atau dikira kontrak baharu dengan gaji permulaan baharu – Ketetapan selainnya adalah berdasarkan budi bicara Suruhanjaya.
  • Suatu kontrak yang tamat melebihi enam bulan akan dikira sebagai kontrak baharu. Tempoh kontrak terdahulu tidak diambil kira sebahagian daripa tempoh kontrak keseluruhan.

08 Mei 2024

Baca selanjutnya: KETETAPAN SURUHANJAYA 2024

  • Hits: 3667

KETETAPAN SURUHANJAYA 2026

1/2026

01/2026

(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 01/2026)

(a) Suruhanjaya menetapkan untuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Perak (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2019, perenggan 30 (4) dalam pengurusan pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib.

"30 (4) Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga."

(b) Dengan kaedah ini, Ketua Jabatan yang mana pegawai bawahannya belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib hendaklah mengemukakan perakuan untuk tidak mengesahkan perkhidmatan pegawai ke Suruhanjaya. Suruhanjaya akan mempertimbangkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai atas sebab tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan. Oleh yang demikian, tiada keperluan kes tatatertib pegawai diangkat ke pertimbangan Lembaga Tatatertib yang berkenaan.

(c) Walaupun begitu, sekiranya prosiding tatatertib dengan tujuan buang kerja pegawai telah dimulakan, Ketua Jabatan hanya perlu mengemukakan perakuan untuk tidak mengesahkan perkhidmatan pegawai ke Suruhanjaya jika keputusan Lembaga Tatatertib berkenaan mengekalkan pegawai di dalam perkhidmatan.

(d) Dalam erti kata lain, pegawai yang belum disahkan di dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib hendaklah dikeluarkan daripada Perkhidmatan Awam demi kepentingan perkhidmatan.

13 Mac 2026

Baca selanjutnya: KETETAPAN SURUHANJAYA 2026

  • Hits: 173