Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

SPLaSK

Ahli Suruhanjaya

YABhg. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan

Pengerusi Suruhanjaya

YBrs. Puan Siti Suraya binti Muhamad Taib

Setiausaha Suruhanjaya
Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M13 (Memangku)(KUP)

  • YBhg. Dato' Haji Mohd Gazali Bin Jalal

    Ahli
    Suruhanjaya

  • YBhg. Dato' Dr. Zabri Bin Abdul Wahid

    Ahli
    Suruhanjaya

  • YBrs. Tuan Ir.
    Woo Kok Toong


    Ahli
    Suruhanjaya

  • YBhg. Dato' Haji Mohamad Fauzi Bin Mahson

    Ahli
    Suruhanjaya

  • YBhg. Dato' Ganesan A/L Retanam

    Ahli
    Suruhanjaya

Fungsi, Visi, Misi & Objektif

Fungsi

Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bilangan 10 Tahun 1959 dalam Seksyen 11 (1) telah memberi tanggungjawab kepada Suruhanjaya menjalankan tugas untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar perkhidmatan dan mengawal tatatertib pegawai perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan. Urusan Kenaikan Pangkat dan Tatatertib Kumpulan Pengurusan Tertinggi berada di bawah kuasa Suruhanjaya. Manakala urusan Kenaikan Pangkat dan Tatatertib pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan & Profesional telah diturunkan kuasa kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 

Visi

Peneraju Kecemerlangan Pihak Berkuasa Melantik Negeri Perak.

Misi

Menyediakan Sumber Manusia Yang Kompeten, Profesional Dan Holistik.

Objektif

Objektif Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan kuasa dan fungsi yang ditetapkan Enakmen Bilangan 10 Tahun 1959 secara bebas , dinamik dan berkesan untuk kepentingan pelanggan.

Hubungi Kami

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

  • E-5-2,E-6-2, Menara SSI, SOHO 2,
    Jalan Sultan Idris Shah,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • spa[at]perak.gov.my

  • 05 254 0615
  • 05 241 0734 (Unit Pengambilan)

  • 05 242 2239

Direktori Pegawai

Borang Aduan & Maklum Balas

SISPAA Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

SISPAA Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

Piagam Pelanggan

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan berikrar dan akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, cekap, adil dan saksama. Merujuk kepada ikrar ini, kami akan memberi komitmen seperti berikut:


1. Menguruskan urusan Pengambilan tahunan dan mencapai pengisian 97% berbanding permohonan.
   
2. Menyediakan surat tawaran kepada calon berjaya dalam tempoh 1 hari bekerja selepas Mesyuarat Lembaga Temu Duga.
   
3. Menguruskan permohonan Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Opsyen), Pemberian Taraf Berpencen, Penentuan Gaji Permulaan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pertukaran Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima dokumen lengkap dalam sistem KhidmatSPA. 
   
4. Menyediakan surat keputusan permohonan dalam Sistem KhidmatSPA dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Suruhanjaya.
   
5. Memastikan semua baucar bayaran diselesaikan dalam tempoh 14 hari.
   
6. Memastikan panggilan telefon dijawab sebelum berakhir deringan ketiga.
   

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05-2540615 untuk bantuan atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .


  • Bagaimanakah caranya untuk saya memohon jawatan melalui SPA Negeri Perak?

    Permohonan jawatan adalah melalui sistem KerjayaSPA. Syarat kelayakan boleh disemak di laman sesawang SPA Negeri Perak apabila terdapat iklan yang masih aktif.

  • Adakah iklan kekosongan di Perkhidmatan Awam Negeri Perak dibuka sepanjang masa?

    Iklan kekosongan dibuka pada masa-masa tertentu tertakluk kepada keperluan jabatan. Pemohon hendaklah memohon jawatan dalam tempoh iklan dibuka.

  • Bagaimanakah untuk saya mengetahui bila iklan kekosongan jawatan penjawatan awam Negeri Perak dibuka?

    Hebahan maklumat akan diuar-uarkan di laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak dihttps://spa.perak.gov.my danmelalui portal Kerajaan Negeri Perak di www.perak.gov.my. Selain itu, hebahan juga disebarkan melalui Telegram Rasmi SPA Negeri Perak.

  • Saya telah memohon jawatan yang diiklankan, kenapa saya tidak dipanggil ujian / temu duga?

    i) Tiada urusan pengambilan dijalankan ;
    ii) Permohonan tidak dibuat di dalam tempoh iklan yang dibuka ;
    iii) Pemohon tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon ; atau
    iv) Pemohon tidak melepasi asas tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya (Contoh : Bidang akademik dan gred mata pelajaran akademik).
  • Adakah saya akan disenaraihitamkan sekiranya tidak menghadiri Ujian / Temu Duga ?

    Tidak.
  • Bolehkah saya menukar tarikh temu duga?

    Tidak boleh.
  • Jika saya berjaya dalam temuduga, kemanakah saya akan ditempatkan?

    Penempatan adalah di dalam Negeri Perak sahaja.