Lawatan Kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
Terengganu, 23 Julai 2025 - Delegasi SPA Perak seramai 22 orang termasuk enam orang Ahli Suruhanjaya yang diketuai oleh YABhg. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan telah berkunjung ke SPN Terengganu pada 23 Julai 2025 (Rabu). Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan SPN Terengganu dalam melaksanakan proses pelantikan dan perkhidmatan secara atas talian serta lain-lain perkongsian maklumat yang berkaitan. Sesi perbincangan yang sangat berinformasi telah berlangsung daripada jam 9.00 hingga 11.30 pagi dengan penyertaan aktif daripada semua ahli mesyuarat. SPA Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas perhatian dan kerjasama SPN Terengganu dalam memastikan lawatan kerja ini berjalan dengan baik dan berkesan.
 
                
             
                
             
                
             
                
             
                
             
 
 
 
 
 
        
        
    
 
 
