Urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan Hanya empat keadaan membolehkan permohonan diluluskan:
1. Program Transformasi Minda / Peperiksaan yang diwajibkan bagi tujuan pengesahan jawatan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai
Pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda.
2. Gagal Program Transformasi Minda / Gagal Peperiksaan
Pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan perkhidmatan.
3. Tidak mendapat pengesahan Ketua Jabatan
Pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.
4. Belum memenuhi kehendak Suruhanjaya
Pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan perkhidmatan sekiranya masih tidak memenuhi kehendak Suruhanjaya sehingga tamat tempoh pelanjutan.
2 April 2026
01/2026
(Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 01/2026)
(a) Suruhanjaya menetapkan untuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Perak (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2019, perenggan 30 (4) dalam pengurusan pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib.
"30 (4) Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga."
(b) Dengan kaedah ini, Ketua Jabatan yang mana pegawai bawahannya belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib hendaklah mengemukakan perakuan untuk tidak mengesahkan perkhidmatan pegawai ke Suruhanjaya. Suruhanjaya akan mempertimbangkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai atas sebab tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan. Oleh yang demikian, tiada keperluan kes tatatertib pegawai diangkat ke pertimbangan Lembaga Tatatertib yang berkenaan.
(c) Walaupun begitu, sekiranya prosiding tatatertib dengan tujuan buang kerja pegawai telah dimulakan, Ketua Jabatan hanya perlu mengemukakan perakuan untuk tidak mengesahkan perkhidmatan pegawai ke Suruhanjaya jika keputusan Lembaga Tatatertib berkenaan mengekalkan pegawai di dalam perkhidmatan.
(d) Dalam erti kata lain, pegawai yang belum disahkan di dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib hendaklah dikeluarkan daripada Perkhidmatan Awam demi kepentingan perkhidmatan.