KETETAPAN SURUHANJAYA
Semua urusan pelantikan jawatan tetap dan kontrak (yang sebelum ini diuruskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak) akan diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.
- Penawaran jawatan mengikut susunan calon tanpa mengira jawatan di bawah OS11000 atau OS29000.
- Sekiranya ada kekosongan untuk mengisi jawatan di bawah OS11000, calon utama yang akan ditawarkan ke jawatan tersebut adalah pegawai yang telah ditempatkan di jawatan OS29000.
Urusan Permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan ditetapkan berdasarkan amalan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti di bawah: | ||
3.1 | Hanya tiga keadaan membolehkan Permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan diluluskan seperti berikut: | |
3.1.1 | Program Transformasi Minda / Peperiksaan yang diwajibkan bagi tujuan pengesahan jawatan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai | |
- Pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda. | ||
3.1.2 | Gagal Program Transformasi Minda / Gagal Peperiksaan | |
- Pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan. | ||
3.1.3 | Tidak mendapat pengesahan Ketua Jabatan | |
Pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan. |
Sekiranya didapati mengemukakan maklumat palsu, calon akan diminta meninggalkan dewan temu duga.
- Kaedah pelaksanaan tapisan calon secara Two Step Lower.
- Calon yang menghadiri sesi temu duga, markah untuk maksud pelantikan calon perlu melepasi jumlah 80% dan ke atas.
Selain dari pemberian bayaran sagu hati kepada pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan yang terlibat dengan Ujian Kecergasan, bayaran sagu hati ini juga dipanjangkan kepada Pegawai Polis yang terlibat dengan Ujian Fizikal serta kepada Pegawai JKR yang terlibat dengan Ujian Pemanduan. Kadar bayaran adalah berdasarkan WP 1.9 [ Peraturan Bayaran Sagu hati Bagi Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ]
Pegawai kontrak yang memohon pelantikan semula kontrak, telah berkhidmat selama 10 tahun atau lebih serta mendapat markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90% ditawarkan kontrak selama 3 tahun.
Tarikh kelulusan E-Vetting perlu dicatatkan di dalam Kertas Mesyuarat bagi Permohonan Pelantikan Kontrak ke Tetap.
Pegawai yang tidak disokong penyambungan kontrak oleh Ketua Jabatan, perkhidmatan mereka boleh ditamatkan.
Calon yang telah dilantik tetapi menolak selepas penempatan dibuat, calon tersebut tidak akan dipanggil menghadiri temu duga pada masa akan datang.
- Pegawai yang permohonannya telah melebihi tarikh tamat kontrak, kontrak pegawai tidak akan diteruskan atau dikira sebagai kontrak baharu dengan gaji permulaan asas mengikut skim perkhidmatan. Ketetapan lain tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya; atau
- Sesuatu kontrak akan dikira sebagai kontrak baharu sekiranya seseorang pegawai tidak dilantik semula melebihi tempoh enam (6) bulan daripada kontrak sebelumnya tamat. Tempoh kontrak terdahulu tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian tempoh keseluruhan kontrak.