Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

KETETAPAN SURUHANJAYA

Urusan Pelantikan Untuk Semua Jawatan Tetap dan Kontrak (Berkuat kuasa mulai 11/09/2024)

Semua urusan pelantikan jawatan tetap dan kontrak (yang sebelum ini diuruskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak) akan diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

Lantikan Calon Di Bawah Peruntukan Objek Sebagai 11000 (OS11000) dan Objek Sebagai 29000 (OS29000) (Berkuat kuasa mulai 11/09/2024)
  • Penawaran jawatan mengikut susunan calon tanpa mengira jawatan di bawah OS11000 atau OS29000.
  • Sekiranya ada kekosongan untuk mengisi jawatan di bawah OS11000, calon utama yang akan ditawarkan ke jawatan tersebut adalah pegawai yang telah ditempatkan di jawatan OS29000.
Permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan (Berkuat kuasa mulai 30/08/2024)
Urusan Permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan ditetapkan berdasarkan amalan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti di bawah:
 
3.1 Hanya tiga keadaan membolehkan Permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan diluluskan seperti berikut:
  3.1.1 Program Transformasi Minda / Peperiksaan yang diwajibkan bagi tujuan pengesahan jawatan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai
    - Pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda.
     
  3.1.2 Gagal Program Transformasi Minda / Gagal Peperiksaan
    - Pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan.
     
  3.1.3 Tidak mendapat pengesahan Ketua Jabatan
    Pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.
Tindakan kepada calon yang memalsukan maklumat di dalam Sistem KerjayaSPA (Berkuat kuasa mulai 30/08/2024)

Sekiranya didapati mengemukakan  maklumat palsu, calon akan diminta meninggalkan dewan temu duga.  

Kaedah Pengambilan Calon (Berkuat kuasa mulai 30/08/2024)
  • Kaedah pelaksanaan tapisan calon secara Two Step Lower.
  • Calon yang menghadiri sesi temu duga, markah untuk maksud pelantikan calon perlu melepasi jumlah 80% dan ke atas.
Pemberian Bayaran Sagu hati kepada Pegawai Polis Yang Terlibat Dengan Ujian Fizikal Serta Pegawai JKR Yang Terlibat Dengan Ujian Pemanduan (Berkuat kuasa mulai 12/08/2024)

Selain dari pemberian bayaran sagu hati kepada pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan yang terlibat dengan Ujian Kecergasan, bayaran sagu hati ini juga dipanjangkan kepada Pegawai Polis yang terlibat dengan Ujian Fizikal serta kepada Pegawai JKR yang terlibat dengan Ujian Pemanduan. Kadar bayaran adalah berdasarkan WP 1.9 [ Peraturan Bayaran Sagu hati Bagi Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ]

Tempoh Pelantikan Semula Secara Kontrak (Berkuat kuasa mulai 16/07/2024)

Pegawai kontrak yang memohon pelantikan semula kontrak, telah berkhidmat selama 10 tahun atau lebih serta mendapat markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90% ditawarkan kontrak selama 3 tahun.

Catatan Tarikh Kelulusan E-Vetting (Berkuat kuasa mulai 25/06/2024)

Tarikh kelulusan E-Vetting perlu dicatatkan di dalam Kertas Mesyuarat bagi Permohonan Pelantikan Kontrak ke Tetap.

Penyambungan Kontrak (Berkuat kuasa mulai 25/06/2024)

Pegawai yang tidak disokong penyambungan kontrak oleh Ketua Jabatan, perkhidmatan mereka boleh ditamatkan.

Kedudukan Calon Yang Menolak Penempatan (Berkuat kuasa mulai 25/06/2024)

Calon yang telah dilantik tetapi menolak selepas penempatan dibuat, calon tersebut tidak akan dipanggil menghadiri temu duga pada masa akan datang.

Permohonan Lantikan Semula Secara Kontrak Yang Tidak Memenuhi Tempoh Masa Yang ditetapkan (Berkuat kuasa mulai 08/05/2024)
  • Pegawai yang permohonannya telah melebihi tarikh tamat kontrak, kontrak pegawai tidak akan diteruskan atau dikira sebagai kontrak baharu dengan gaji permulaan asas mengikut skim perkhidmatan. Ketetapan lain tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya; atau
  • Sesuatu kontrak akan dikira sebagai kontrak baharu sekiranya seseorang pegawai tidak dilantik semula melebihi tempoh enam (6) bulan daripada kontrak sebelumnya tamat. Tempoh kontrak terdahulu tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian tempoh keseluruhan kontrak.