Skip to main content
Aduan dan Maklumbalas
FAQ
Hubungi Kami
Peta Laman

KETETAPAN SURUHANJAYA

BIL. PERKARA TARIKH KUAT KUASA
18/2024
Pegawai yang memohon untuk pelantikan semula secara kontrak melangkau tahun semasa yang mana permohonannya diterima pada setengah tahun kedua semasa, perlu mengemukakan Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi tahun semasa.
   
Pegawai lantikan kontrak yang belum mencukupi tempoh dua tahun berkhidmat akan dipertimbangkan tempoh penyambungan kontrak satu tahun sahaja.
09 Oktober 2024
17/2024

Keputusan e-Vetting perlu dikemukakan semasa permohonan kali kedua atau selewat-lewatnya kali ketiga bagi urusan Pelantikan Semula Secara Kontrak bagi memastikan pegawai tidak lulus tapisan e-Vetting tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Negeri melebihi tempoh sewajarnya.

09 Oktober 2024
16/2024
(a) Iklan pelawaan pengisian jawatan melibatkan semua jawatan yang kosong akan dikeluarkan dua kali setahun tanpa menunggu permohonan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, PSUK Perak mengikut ketetapan seperti berikut:-
  (i) Pada 01 Disember hingga 31 Disember; dan
  (ii) Pada 01 Jun hingga 30 Jun.
   
(b) Urusan tapisan calon mengikut jawatan akan dilaksanakan selepas menerima permohonan pengisian kekosongan jawatan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Perak.
   
(c) Ketetapan di perenggan atas, tidak membataskan jumlah iklan yang boleh dikeluarkan sepanjang tahun. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat keperluan tambahan, iklan akan segera dilaksanakan.
   
(d) Tempoh masa mengemukakan dokumen Surat Setuju Terima dan Laporan Perubatan dipendekkan daripada 14 hari kepada 7 hari.
09 Oktober 2024
15/2024

Pegawai yang memohon untuk Pelantikan Semula secara Kontrak melangkau tahun semasa yang mana permohonannya diterima pada setengah kedua tahun semasa, perlu mengemukakan LNPK bagi tahun semasa supaya penilaian prestasinya relevan.

09 Oktober 2024

14/2024

Keputusan e-vetting perlu dikemukakan semasa Permohonan Pelantikan Semula secara Kontrak bagi kali ke 2 atau selewat-lewatnya kali ke 3.

09 Oktober 2024

13/2024

Tempoh masa mengemukakan dokumen daripada calon layak    dilantik dipendekkan daripada 14 hari kepada 5 hari bekerja.

09 Oktober 2024

12/2024
Iklan kekosongan jawatan Bilangan 1 meliputi semua jawatan yang dijangka akan diisi pada tahun berikutnya akan diiklan pada Disember setiap tahun tanpa menunggu permohonan daripada BPSM. Oleh yang demikian, urusan tapisan calon mengikut jawatan akan dilaksanakan selepas menerima permohonan BPSM.
 
Pengeluaran iklan pelawaan pengisian jawatan tidak tertakluk kepada suku tahun atau tempoh masa tertentu. Iklan akan dikeluarkan sebaik menerima permohonan baharu daripada BPSM.

 

11/2024

Semua urusan pelantikan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

11 September 2024

10/2024

Calon yang telah dilantik ke jawatan kontrak OS29000 akan ditawarkan jawatan di OS11000 selagi tempoh Calon Simpanan masih berkuat kuasa.

Penawaran mengikut giliran berdasarkan markah.

11 September 2024

9/2024
Urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan dilaksanakan seperti SPA Malaysia:
     
Hanya tiga keadaan membolehkan permohonan diluluskan:
     
1. Program Transformasi Minda / Peperiksaan yang diwajibkan bagi tujuan pengesahan jawatan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai
  Pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda.
     
2. Gagal Program Transformasi Minda / Gagal Peperiksaan
  Pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan.
     
3. Tidak mendapat pengesahan Ketua Jabatan
  Pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan. 

30 Ogos 2024

8/2024

Calon yang mengemukakan maklumat palsu di dalam Sistem KerjayaSPA akan diarahkan meninggalkan tempat ujian / temu duga.

30 Ogos 2024

7/2024

Markah Calon Berjaya Dilantik dari sesi temu duga adalah 80% ke atas.

30 Ogos 2024

6/2024

Pemberian Bayaran Sagu Hati kepada Pegawai Jabatan Belia dan Sukan untuk Ujian Kecergasan, Pegawai Polis terlibat Ujian Fizikal dan Pegawai Jabatan Kerja Raya terlibat Ujian Pemanduan dengan kadar mengikut WP 1.9 [Peraturan Bayaran Sagu Hati Bagi Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)].

12 Ogos 2024

5/2024

Pegawai kontrak yang telah berkhidmat selama 10 tahun serta memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90% akan ditawarkan kontrak baharu selama tiga tahun.

16 Julai 2024

4/2024

Tarikh kelulusan e-vetting perlu dicatatkan dalam kertas mesyuarat.

25 Jun 2024

3/2024

Permohonan penyambungan kontrak yang tidak disokong oleh Ketua Jabatan akan ditolak.

25 Jun 2024

2/2024

Calon yang menolak penempatan tidak akan dipanggil untuk sesi ujian akan datang.

25 Jun 2024

1/2024
Permohonan Lantikan Semula Kontrak Yang tidak Memenuhi Tempoh Ditetapkan
   
Permohonan melebihi tempoh kontrak – kontrak tidak akan disambung atau dikira kontrak baharu dengan gaji permulaan baharu – Ketetapan selainnya adalah berdasarkan budi bicara Suruhanjaya.
   
Suatu kontrak yang tamat melebihi enam bulan akan dikira sebagai kontrak baharu. Tempoh kontrak terdahulu tidak diambil kira sebahagian daripa tempoh kontrak keseluruhan.

30 Ogos 2024